Jenayah

Wanita maut jatuh motosikal ketika suami kejar peragut

jenayah

Klang: Cubaan seorang lelaki untuk mendapatkan semula rantai emasnya yang diragut ketika berhenti di lampu isyarat mengundang padah apabila isterinya maut akibat tercampak selepas motosikal mereka naiki tidak dapat dikawal ketika mengejar suspek.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam kelmarin itu, pasangan suami isteri berusia 47 dan 42 tahun berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Klang Utama dari Pekan Klang sebelum rantai emas suaminya diragut ketika mereka berhenti di satu persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya.

Langgar batu penghadang

Suami mangsa kemudian mengejar peragut terbabit sejauh 300 meter sebelum gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya dan melanggar batu penghadang longkang di tem pat kejadian.

Kemalangan itu menyebabkan wanita terbabit melambung beberapa meter dan maut di tempat kejadian.

-Berita Harian

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superitendan Jani Ahmad ketika dihubungi semalam, berkata suspek dipercayai meragut rantai mangsa dari belakang dan terus melarikan diri.

Katanya, ketika menunggu lampu isyarat, peragut yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ, merentap rantai emas milik suami mangsa dan melarikan diri.
Cedera di kepala

Beliau berkata, pasangan suami isteri berkenaan yang menaiki motosikal Yamaha Lagenda bertindak mengejar suspek sebelum terbabas dan wanita berkenaan tercampak beberapa meter.

“Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan muka. Suspek berjaya melarikan diri tanpa sempat suami mangsa mengetahui nombor pendaftaran motosikal yang ditunggang suspek,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 379 kanun keseksaan kerana mencuri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");