Sukan Hari Ini

Ayuh! Penuhkan Stadium Darul Makmur – Khairy

khairy jamaluddin

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (gambar) mengajak peminat bola sepak negara agar datang memenuhi Stadium Darul Makmur, Kuantan bagi memberikan sokongan kepada skuad Harimau Muda yang akan beraksi pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka, malam ini.

Khairy berkata, tiada alasan mengapa penyokong tidak ke stadium kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menurunkan harga tiket bagi meringankan beban penonton.

Beliau berkata, kejayaan Harimau Muda layak ke perlawanan akhir berdepan Myanmar, malam ini merupakan satu lagi bonus selepas mencipta tiga kemenangan berturut-turut pada saingan peringkat kumpulan.

“Saya yakin kehadiran penyokong akan memberi semangat yang lebih kepada pemain untuk menjuarai kejohanan ini. FAM juga telah mengambil langkah tepat dengan mengurangkan harga tiket.

“Terima kasih kepada FAM, ini membuktikan persatuan tersebut peka dengan situasi semasa yang mana penonton rasa terbeban dengan harga tiket untuk ke stadium,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu Khairy mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Walk 4 Malaysia di Bangunan Perdana Putra di sini.

Menurut Khairy, FAM selepas ini perlu melakukan kajian ke atas harga tiket sekiranya mahu menganjurkan kejohanan-kejohanan besar kerana kehadiran penonton yang ramainya semestinya menaikkan semangat pemain.

“Saya yakin FAM akan menerima keuntungan yang lebih sekiranya ramai penonton yang datang menyaksikan mana-mana perlawanan dan sebaliknya berlaku jika harga tiket terlalu mahal,” katanya.

Dalam itu, mengulas mengenai pelawaan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail untuk mengadakan perbincangan membabitkan sukan tersebut, Khairy berkata, beliau bersedia untuk berjumpa dengan Ahmad, namun beberapa maklumat perlu dikumpul terlebih dahulu.

“Saya memegang amanah rakyat, jika saya dilabel sebagai kurang ajar dalam hal ini, saya rasa tidak salah kerana saya hanya menjalankan tugas yang diamanahkan. Apa yang dibelanjakan adalah wang rakyat jadi, saya perlu memastikan ia digunakan secara berhemah,” katanya.

-Utusan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");