Perak Hari Ini, Program Basmi Kemiskinan

Bantuan Infra Bukti Kerajaan Prihatin Nasib Rakyat Miskin

ybu infra

Bantuan membina dan baikpulih rumah yang disediakan kerajaan Perak melalui Yayasan Bina Upaya (YBU) ternyata memberi peluang dan harapan baru kepada golongan keterbawahan di negeri itu memiliki kediaman yang selesa.

Tanpa mengira batasan agama, kaum dan fahaman politik, pemohon bantuan infra akan diberi pertimbangan sewajarnya berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan agensi berkenaan.

Ahmad Sabri Abd Rahim, dari Kampung Batu 9, dekat Trong antara yang bertuah kerana YBU meluluskan bantuan membina rumah baru yang dilengkapi dengan tiga bilik.

“Saya mempunyai bilangan tanggungan yang ramai dan hanya bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu.

“Untuk keselesaan kami sekeluarga, saya ada memohon bantuan membina rumah daripada pelbagai agensi kerajaan,” ujar Ahmad Sabri lagi.

Beliau berkata, antara pihak yang segera menghulurkan bantuan ialah YBU dan Menteri Besar sendiri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Alhamdullilah dipanjatkan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu,” katanya dengan nada gembira.

Penerima bantuan infra membina rumah dua bilik, Othman Pin dari Kamunting, berkata rumah yang didiami ketika ini berusia hampir 35 tahun dan keadaannya juga sungguh daif.

“Saya tiada pekerjaan tetap dan kadang kala mengambil upah membaiki rumah,” ujar Othman yang mempunyai seorang anak.

Jelasnya lagi, beliau bersyukur kerana turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal dan orang perseorangan yang prihatin dengan nasibnya yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

Bantuan itu ternyata cukup menggembirakan Othman, sekaligus menamatkan penantian warga emas itu untuk memiliki rumah baru yang diidam-idamkan selama ini.

“Saya bersyukur kepada Tuhan di atas bantuan ini dan sudah lama saya mengimpikan rumah yang selesa untuk didiami,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");