Sukan Hari Ini

Hairuddin serius jumpa LionsXII

Kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar

Kuala Lumpur: Kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar tampil merendah diri dengan menganggap LionsXII sebagai pasukan pilihan apabila kedua-dua pasukan itu bertemu pada perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Sabtu ini.

Pencapaian LionsXII musim ini apabila bergelar juara Liga Super selain kebangkitan lewat dipamerkan skuad kendalian V Sundramoorthy untuk menjadi antara lapan pasukan terakhir layak ke suku akhir menyebabkan ATM perlu lebih berwaspada terhadap prestasi Shahril Ishak dan rakan sepasukannya.

Hairuddin berkata, LionsXII seolah-olah sudah berada pada prestasi sebenar ketika ini walaupun ketika pusingan pertama peringkat kumpulan mereka hampir tersingkir namun berjaya meraih sembilan mata penuh menerusi baki tiga perlawanan untuk muncul naib juara Kumpulan D di belakang Sarawak.

“Bagi saya LionsXII pasukan pilihan di Stadium Jalan Besar. Mereka sememangnya kebal di laman sendiri tanpa sebarang kekalahan musim ini dan yang pasti mereka akan menggunakan kesempatan beraksi di padang rumput tiruan itu untuk mendapatkan bekalan selesa bagi pertemuan timbal balik minggu depan.

“Namun ia bukan bererti kami sudah mengaku kalah kerana banyak pasukan tempatan turut mengharapkan ATM mampu menyingkirkan LionsXII. Malah saya tidak melihat sesuatu yang mustahil (menewaskan LionsXII) seandainya semua rakan mampu memberikan komitmen tinggi serta mengikut perancangan jurulatih (B Sathianathan) yang pasti mempunyai strategi tersendiri. Saya berharap kami mampu untuk sekurang-kurangnya seri,” kata Hairuddin.

Hairuddin turut mengakui ATM seolah-olah masih belum mencapai tahap terbaik pada enam perlawanan peringkat kumpulan dan berharap senario itu akan berubah dalam pertemuan kalah mati nanti.

ATM menjuarai Kumpulan A dengan sembilan mata selain meledak 15 gol, tetapi turut melepaskan jumlah jaringan yang banyak – 12 gol. Rekod ATM dalam dua pertemuan liga menentang LionsXII turut tidak memihak kepada Gladiators apabila mereka kecundang 1-3 di Stadium Jalan Besar selain tewas 0-1 di laman sendiri.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");