Sukan Hari Ini

Malaysia siap sedia libas Korea

sepak takraw

MALAYSIA tetap memburu tiket final Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) Kedua yang membuka tirainya di Bangkok, Thailand semalam.

Jurulatih Malaysia, Jamaluddin Hassan berkata, beliau berharap anak-anak buahnya dapat merealisasikan sasaran tersebut bagi mengulangi pencapaian mereka pada Siri Super Istaf Pertama di New Delhi, India awal bulan ini.

Biarpun ketika itu Malaysia tumbang kepada Korea Selatan pada aksi final, anak-anak buah Jamaluddin berjaya membalas dendam apabila membenam lawan yang sama pada saingan akhir Piala Raja Thai di Udonthani, Thailand minggu lalu.

Jamaluddin berkata, biarpun Korea Selatan diramal menjadi lawan Malaysia pada aksi separuh akhir pada Siri Super Istaf kali ini, beliau optimis anak-anak buahnya mampu meneruskan rentak kejayaan mereka.

Menurutnya, gandingan tekong, sama ada Ahmad Aizat Mohd. Nor Azmi atau Sahidan Md. Ali dan apit kanan, Nor- shahruddin Mad Ghani semakin menunjukkan keserasian manakala pengumpan muka baharu, Mohd. Syazreen Qamar Salehan perlu diberikan pendedahan sulung.

“Halangan utama kita adalah pada separuh akhir dengan Korea Selatan yang dijangka ditemui lagi.

“Kami hanya tukar pengumpan, namun kombinasi kali ini diyakini tetap mampu menewaskan Korea Selatan.

“Ia hanya perubahan kecil tetapi saya harap Syazreen mampu menjalankan tugas seperti (apit kiri) Farhan Adam (yang beraksi di New Delhi).

“Setelah menang dua kali dalam Piala Raja Thai (dengan Korea Selatan bagi berpasukan dan antara regu), kita boleh atasi mereka untuk kali ketiga,” katanya semalam.

Mengenai penyandang juara Siri Super Istaf musim lalu, Thailand yang kembali membariskan pemain utamanya seperti Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong Yupadee, Jamaluddin berkata: “Kami memang menjangkakan tindakan itu.

“Ini kerana mereka pasti tidak rela ditumbangkan di gelanggang sendiri seperti mana mereka dikejutkan Korea Selatan dalam aksi suku akhir di New Delhi.

“Jika kita berjaya ke final untuk menentang Thailand, saya rasa apa-apa pun boleh berlaku ketika itu.

“Pemain kita juga sudah masak dengan cara permainan Thailand dan secara psikologinya, tiada lagi rasa gementar pada diri mereka.”

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");