Isu Panas

Pemilihan UMNO: 17 ambil borang calon ahli MT

umno

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Sejumlah 17 orang mengambil dan mengisi borang pendaftaran calon anggota Majlis Tertinggi UMNO sehingga tengah hari apabila kaunter borang di ibu pejabat Umno di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, dibuka mulai hari ini.

Sebanyak 27 orang lagi mengisi borang pencalonan bagi pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd Rauf Yusoh berkata pihaknya mengedarkan lebih 4,000 borang pencalonan untuk pemilihan peringkat pusat dan 100,000 borang pencalonan untuk 191 bahagian Umno di seluruh negara.

“Saya ingatkan sekali lagi, borang pencalonan adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

“Borang-borang ini boleh didapati hari ini di kaunter yang dibuka di Aras 4 Menara Dato’ Onn, PWTC atau pejabat bahagian masing-masing sehingga 20 Sept ini, sebelum tarikh untuk menyerahkan borang pendaftaran calon pada Sabtu depan (21 September),” katanya pada sidang media di hadapan kaunter pendaftaran pencalonan di sini hari ini.

Abd Rauf berkata sistem pemilihan baharu UMNO yang pertama kali dilaksanakan tahun ini membuka peluang luas kepada mana-mana anggota UMNO untuk bertanding asalkan mempunyai kelayakan minimum iaitu sekurang-kurangnya menjadi anggota parti selama sepenggal atau tiga tahun, untuk layak bertanding di peringkat bahagian.

“Semua calon yang telah lengkap mengisi borang bersama jawatan yang mahu ditandingi perlu menghantar pada tarikh yang telah ditetapkan dengan menghantar sendiri atau melalui wakil yang mempunyai surat kuasa,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");