Perak Hari Ini

Ambil Iktibar Keadaan, Situasi Umat Islam di Mesir, Syria: Mufti Perak

PERAKTODAY-RAJA MUDA

Semua pihak digesa agar mengambil iktibar terhadap situasi dan keadaan yang menimpa umat Islam di Mesir, Syria, Palestin dan Turki yang diancam perpecahan di kalangan mereka sendiri.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam seharusnya mengambil pendekatan yang lebih tulen dan luhur seperti yang disaran oleh Al-Quran iaitu pendekatan wasatiyyah.

Ujarnya, segala nilai-nilai tamadun Barat yang dibawa masuk ke dalam dunia Islam yang dijajah seperti nilai kekaburan berkenaan hal ketuhanan telah disemai untuk memaksa akal hanya mempercayai nilai material dan menolak nilai spiritual.

“Segala penyakit tamadun barat didorong bersama seperti kerosakan akhlak, kehancuran institusi kekeluargaan, lemah dan hancurnya jiwa serta mental kadar penilaian yang tinggi,” katanya berucap sempena Konvensyen Ilmuan Islam 2013 bertemakan “Memartabatkan Islam, Menangkis Serangan Musuh” yang dirasmikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, di Ipoh, hari ini.

Turut sama hadir, Raja Di Hilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Sementara itu, Harussani berkata, dakyah plurisme dan liberaslime dipaksa masuk melalui dakyah agama baru iaitu mengenai hak asasi manusia dan juga puak minioriti syiah yang cuba mengugat aqidah umat untuk menggantikan ahli sunnah waljamaah.

Ujar Harussani lagi, situasi hari ini memperlihatkan kekuatan umat Islam untuk menolak dakyah buruk tersebut dalam pada masa yang sama untuk memartabatkan Islam.

Tambah beliau lagi, usaha-usaha musuh Islam ini walau sehebat mana sekali pun masih belum mampu menghilangkan Islam dari muka bumi ini.

“Semakin ditekan semakin Islam bertahan,” katanya tegas.

Menurutnya lagi, sumber kekuatan ummah adalah berlandaskan kekuatan agama Islam itu sendiri dan menjadi tugas umat Islam untuk menyebarkannya.

Kekuatan Islam itu juga katanya, terletak pada agama Islam itu sendiri yang merangkumi akidah, syariat, akhlak, adat dan tradisi Islam.

“Seorang tokoh Kristian pernah mengungkapkan bahawa sesungguhnya kekuatan luar biasa yang berjaya dizahirkan Islam merujuk kepada kejayaan agama ini yang membuktikan kewujudan Allah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");