Jenayah

Letak dadah di batu tanda jalan

baharom

SEREMBAN – Taktik meletakkan dadah di batu tanda jalan di kawasan tertentu antara yang sering digunakan oleh kebanyakan pengedar dadah di negeri ini untuk mengelakkan risiko ditangkap pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner, Baharom Othman berkata, dadah tersebut akan diletakkan di lokasi tertentu sebelum diambil pengedar dadah kecil-kecilan untuk dijual.

“Kita dapati, taktik tersebut merupakan modus operandi yang sering digunakan oleh pengedar dadah di negeri ini untuk menyerahkan atau menjual barang larangan tersebut.

“Sebagai contohnya, dadah akan ditanam di batu tanda jalan dan kemudiannya pengedar dadah kecil-kecilan akan mengambilnya sebelum menjualnya kepada penagih,” katanya pada sidang media diadakan di sini semalam.

Menurutnya, berdasarkan statistik tangkapan yang diperolehi  oleh narkotik tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 9 peratus apabila sebanyak 6,697 orang ditahan berbanding tahun lalu iaitu 6,165 orang.

Baharom berkata, ia membabitkan 6,496 kes berbanding tahun lalu iaitu 6,317 kes di bawah kategori bekalan dadah, langkah-langkah pencegahan khas 1985, perlucutan harta dan permintaan dadah.

“Bagi kategori bekalan dadah, sebanyak 433 tangkapan dibuat membabitkan 326 kes tahun ini yang menunjukkan peningkatan sebanyak 112 kes berbanding tahun lalu.

“Manakala sebanyak 6,175 tangkapan dibuat bagi kategori permintaan dadah yang juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu iaitu 5,838 tangkapan,” katanya.

Selain itu katanya, sebanyak 98 kes fail dibuka di bawah undang-undang Akta Dadah Berbahaya 1985 di mana seramai 98 orang yang telah ditangkap.

Manakala kata Baharom, hampir RM1.3 juta nilai harta yang disita tahun ini membabitkan wang tunai, kenderaan, harta dan lain-lain.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");