Berita Hari Ini

SPNB Umum Hasil Kajian Bina Rumah Mampu Milik Di Lembah Klang Pada Suku Kedua 2014

spnb-logo1

ALOR SETAR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dijangka mengumumkan hasil kajian pembinaan rumah mampu milik di kawasan Lembah Klang pada suku kedua 2014.

Presidennya, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, kajian itu bagi membolehkan SPNB membina rumah mampu milik berharga antara RM150,000 hingga RM250,000 sebuah dalam kawasan bandar.

“Masalah utama sekarang adalah harga tanah yang terlalu tinggi. Kita perlu cari kaedah bagaimana harga tanah ini dapat diserap dalam kos pembinaan supaya rakyat di kawasan bandar mampu memiliki rumah.

“Satu cara yang dikenal pasti ialah membina rumah pasang siap dalam tempoh lebih singkat selama 12 bulan atau membina unit-unit rumah dalam tempoh tidak melebihi 24 bulan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui selepas memberi ceramah motivasi kepada 50 murid daripada keluarga miskin dan ibu bapa mereka dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah di Sekolah Kebangsaan Haji Ismail Kuala Kedah, Isnin.

Dr Kamarul Rashdan yang juga pengerusi Kelab Profesional dan Usahawan Malaysia (Mypec) turut menyumbangkan beg sekolah kepada murid-murid tersebut.

Kajian itu yang memasuki fasa akhir penelitian dibuat kerana SPNB peka kenaikan harga rumah terlalu tinggi membebankan rakyat namun kelulusan membina projek perumahan tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, katanya.

Beliau berkata, seramai 10,000 pemohon di Kuala Lumpur sahaja mendaftar dengan SPNB untuk memiliki rumah.

Mengenai program motivasi itu yang bermula tahun lepas, beliau berkata, Mypec merancang menjadikannya program tahunan bagi membantu meningkatkan kesedaran murid-murid dan ibu bapa mengenai kepentingan untuk belajar ke tahap tertinggi.

Katanya, mulai tahun depan program itu akan diperluaskan ke beberapa kawasan luar bandar di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");