Kolumnis

Hanya 5,000 Sahut Reformasi 2.0

reformasi 2.0Di sebalik keghairahan untuk membela Anwar Ibrahim, penyokong pakatan pembangkang nampaknya terpaksa akur dengan kehendak rakyat yang sudah semakin muak dengan politik murahan untuk berhimpun demi kepentingan peribadi.

Penganjuran himpunan Reformasi 2.0 yang dianjurkan di Stadium Kajang, semalam ternyata gagal menarik sokongan apabila hanya mampu menghimpunkan sekitar 5,000 orang penyokong.

Sedangkan sebelum ini, penganjur menganggarkan ratusan ribu yang akan hadir bagi menyatakan simpati dan sokongan terhadap Ketua Pembangkang yang dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara oleh mahkamah rayuan kerana meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Pembangkang sebelum ini mengharapkan agar rakyat dapat dipujuk untuk sekali lagi menyatakan simpati terhadap Anwar seperti yang pernah dilakukan pada kes liwat 1.

Ini kerana ketika himpunan Reformasi 1, dianggarkan hampir ratusan ribu orang yang hadir bagi membantah pemecatan Anwar yang kononnya menjadi mangsa konspirasi.

Namun seperti kata pepatah, bangkai gajah masakan dapat ditutup. Lambat laut rakyat akan mula sedar dan dapat menilai sendiri perkara yang sebenar. Sebagai contoh, pembangkang sebelum ini mendakwa kononnya Anwar di aniaya, namun keputusan perbicaraan mahkamah rayuan jelas membuktikan berlakunya aktiviti liwat diantara Anwar dan Saiful.

Selain daripada itu, para peguam yang diketuai oleh Karpal Singh jelas tidak dapat menafikan wujudnya air mani Anwar di dalam dubur Saiful. Malah barisan peguam Anwar turut mengakui air mani tersebut adalah milik Anwar, namun mendakwa bukti tersebut telah tercemar.

Persoalannya apakah dengan hujah ‘bukti tercemar’ sudah cukup untuk membuktikan Anwar tidak bersalah?

Kesimpulannya rakyat sudah semakin bijak untuk menilai. Buktinya himpunan Reformasi 2.0 yang dianjurkan semalam, GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Dalam erti kata lain mereka yang hadir semalam hanyalah terdiri daripada ahli, penyokong dan para petugas jentera pakatan rakyat di Kajang.

– BERUANG BIRU

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");