Perak Hari Ini

Perak Serah RM55,000 Sebagai Insentif Sukan Kepada Atlet

PERAKTODAY9

Skim Insentif Sukan negeri Perak menyumbang sebanyak RM55,000 sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan atlet Perak yang berjaya meraih pingat sempena temasya Sukan SEA di Myanmar, tahun lalu.

Majlis penyerahan insentif tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kepada 27 atlet yang telah mengharumkan nama negara dalam pelbagai acara di Ipoh, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan , Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, berkata insentif yang diberikan itu merupakan tanda penghargaan atas kejayaan atlet Perak mengharumkan nama negara dan negeri amnya.

“Ini merupakan tanda suntikan semangat kepada semua atlet supaya terus bergiat aktif dalam bidang sukan yang diceburi,” katanya.

Insentif sebanyak RM1,000 diberikan kepada  atlet yang berjaya mendapat pingat gangsa, RM2,000 bagi Perak dan RM3,000 bagi pingat emas.

Sementara itu, Perak turut mensasarkan kutipan 30 pingat emas pada SUKMA XVII 2014 yang bakal berlangsung di Perlis pada 24 Mei hingga 4 Jun nanti.

Menurut Ketua Kontinjen Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, sasaran itu akan meletakkan Perak di tangga lima teratas daripada keseluruhan kontijen yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

“Kita pernah berjaya menggondol sebanyak lebih 40 pingat emas semasa SUKMA pada tahun 1998 hingga 2004 dan tiada istilah tidak boleh untuk kita berjaya dan mengulangi kejayaan itu,” katanya.

Jelasnya lagi, latihan yang  berterusan dan penjagaan kesihatan perlu dititikberatkan kesemua  388 orang atlet Perak yang bakal bertanding dalam 24 acara sempena SUKMA 2014.

“Kita perlu perbaiki kedudukan kita, yang mana Perak terletak di tangga ke 11 pada SUKMA yang lalu dan kesemua atlet Perak tidak mempunyai sebab untuk gagal mengumpul pingat sebanyak mungkin ,” jelasnya.

Beliau turut memberikan harapan yang tinggi pada acara olahraga, menembak dan memanah yang dilihat acara yang berpotensi untuk kontinje Perak mengumpul pingat sebanyak mungkin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");