Jenayah

Kekasih kawan ugut bunuh

ugutan 1

Alor Gajah: Berang beg pakaian teman wanitanya tidak dibenarkan dibawa keluar dari rumah sewa oleh rakan serumah, seorang pekerja kilang bertindak di luar kawalan apabila mengeluarkan ugutan bunuh terhadap pelajar perempuan kolej di daerah ini, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki berusia 24 tahun berkenaan datang ke rumah sewa terbabit bersama teman wanitanya berusia 19 tahun dengan menaiki motosikal.

Menurut sumber, lelaki itu kemudian bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap sembilan rakan serumah teman wanitanya termasuk mangsa dikenali sebagai Che Azira berusia 20-an.

“Difahamkan, lelaki terbabit memaki hamun mangsa sambil mengugut akan membunuhnya jika terserempak dengan kelibat wanita berkenaan di luar rumah itu. Kejadian terbabit turut disaksikan lapan rakan serumahnya.

“Lelaki berkenaan bertindak lebih agresif selepas mangsa menegur perbuatan teman wanitanya mahu keluar dari rumah tanpa membayar sewa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, bimbang kejadian lebih buruk berlaku, rakan serumahnya membawa mangsa yang trauma akibat kejadian itu masuk ke dalam rumah.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");