Perak Hari Ini

Liga Perak Amanjaya 2014 Gilap Potensi Bakat Baru Bola Sepak

PERAK TODAY 3

Bagi melahirkan lebih ramai pemain bola sepak bertaraf profesional, kerajaan Perak mengambil proaktif dengan memperkenalkan Liga Perak Amanjaya bagi merebut Perisai Amanjaya Menteri Besar yang dijadual berlangsung dari Mei hingga September depan.

Liga itu dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat parlimen yang dijadual bermula pada Mei hingga Jun manakala untuk peringkat negeri pula, ia dijadual berlangsung dari Ogos hingga September, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Teknik dan Pertandingan Persatuan Bolasepak Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Beliau berkata, kejohanan tersebut adalah cetusan idea daripada Menteri Besar Perak sendiri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen, Majlis Sukan Daerah, Persatuan Bolasepak Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah.

“Liga Perak Amanjaya ini ada keunikannya tersendiri kerana kita tidak panggil istilah piala sebaliknya gunakan istilah perisai di mana pasukan yang bertanding akan merebut Perisai Menteri Besar,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Liga Perak Amanjaya 2014 di Pejabat PAFA, dekat Ipoh, hari ini.

Beliau yang juga merangkap Exco Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, berkata kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat baru dalam bidang sukan bola yang boleh menjadi pemain pelapis untuk pasukan bola sepak negeri.

“Liga ini juga memberi peluang kepada bakat baru untuk mempamerkan kemahiran bola sepak yang mereka miliki.

“Selain itu, ia juga menjadi medium kepada kerajaan negeri mengenalpasti pemain yang berpotensi untuk diketengahkan dan diserap menyertai pasukan bola sepak Perak,” ujarnya lagi.PERAK TODAY 1

Untuk peringkat negeri, pemenang utama akan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 manakala naib juara pula bakal menerima wang tunai RM15,000.

Beliau berkata lagi, bagi mengelakkan masalah berkaitan pemain ketika pertandingan tersebut dilakukan, pihaknya telah menetapkan beberapa syarat.

“Bagi mengelakkan terjadinya masalah pemain, kita telah menetapkan setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan 20 orang pemain dan lima orang pegawai yang mana 15 daripada pemain tersebut mestilah berusia bawah 20 tahun manakala selebihnya adalah terbuka,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bagi peringkat Parlimen Ipoh Barat, persaingan akan bermula pada 17 Mei depan di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson dan padang SMK Jalan Tasek yang disertai lapan pasukan antaranya SMK Anderson, Ipoh Friday’s, KTT Young Boys, KTT Yong Boys 2, Dee Jay Arr FC, Tasek FC dan Kepayang FC.

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");