Sukan Hari Ini

Cabaran trek berbukit

Temerloh: ‘Trek hebat, bukit mencabar’.

Itu yang disimpulkan Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro Abdul Ghafar Ismail selepas menamatkan sesi simulasi trek Kejohanan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014, kelmarin.

Beliau memulakan kayuhan 40 kilometer kira-kira jam 8.30 pagi dan mengakhirinya dalam masa kurang tiga jam. Turut sama menyertai sesi simulasi berkenaan, Pengarah Kejohanan MTB Husain Jahit serta kira-kira 30 peserta.

“Selepas merasai sendiri, saya puas hati dan yakin trek ini bukan saja sesuai untuk pelumba basikal lasak tegar, tapi juga yang baru.

“Bagi saya, saingan kali ini menjanjikan kelainan dan pengalaman lebih mencabar,” katanya di Stadium Temerloh selepas sesi simulasi berkenaan.

Dengan hanya berbaki seminggu sebelum kejohanan itu membuka tirai 27 September ini, Abdul Ghafar berkata, Harian Metro sudah bersedia sepenuhnya dengan persiapan mencapai 90 peratus.

“Pendaftaran peserta masih lagi dibuka. Saya harap peserta terutamanya dari Pantai Timur akan merebut peluang menyertai kejohanan ini.

“Kejohanan ini bukan saja dapat mengeratkan silaturahim, tapi bagus untuk kesihatan serta kecergasan diri,” katanya.

Sementara itu, pengadil kejohanan dari Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Agus Salim Mohd Som berkata, pihaknya mengiktiraf laluan trek yang akan digunakan untuk pertandingan ini.

Katanya, jika dilihat pada keadaan trek, peserta akan melalui dua kawasan berbukit mencabar dan kurang laluan taktikal serta banyak melalui kawasan ladang.

“Cuma kita harapkan pada hari perlumbaan nanti cuaca akan baik dan perlumbaan berjalan lancar.

“Laluan trek juga dilihat kurang berisiko namun kita tetap menempatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan ambulans di kawasan trek sekiranya ada peserta yang mengalami kemalangan,” katanya.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");