Laporan Eksklusif

Doa nenek makbul

Petra Jaya: Doa seorang nenek semoga cucunya yang juga mangsa nahas tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17 ditemui segera akhirnya dimakbulkan.

Dayang Noriah Jamilah Abang Anuar, (gambar) 72, menarik nafas lega selepas cucunya, Muhammad Afruz Tambi, 13, dikenal pasti pasukan forensik Belanda selepas penantian lebih dua bulan sejak tragedi terbabit berlaku pada 17 Julai lalu.

“Alhamdulillah, doa saya selama ini dimakbul Allah dan kini baru hati kami sekeluarga tenang.

“Siang malam kami sekeluarga berdoa semoga urusan dipermudahkan, kami tidak sabar menanti kepulangan jenazah sekali gus ‘menyatukan’ semua enam anak, menantu dan cucu,” katanya.

Sebelum ini, lima daripada ahli keluarga Muhammad Afruz sudah dikebumikan selepas melalui proses pengecaman dibuat di Amsterdam, Belanda.

Mereka adalah ibunya, Ariza Ghazalee, 46, dan abangnya, Muhammad Affif, 19, yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, 22 Ogos lalu, sebelum disusuli bapanya, Tambi Jiee, 49, pada 9 September lalu.

Sepuluh 10 hari kemudian, abang dan kakaknya, Muhammad Afzal, 17, dan Marsha Azmeena, 15, dibawa pulang serta dikebumikan di sebelah pusara ibu bapa mereka.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");