Membawang Hari Ini

Konsert Tiada Liputan, Shila Tempelak Media Melayu

Merujuk kepada entri terbaru Instagram penyanyi Shila Amzah seolah-olah menyalahkan media berbahasa Melayu yang kononnya tidak membuat liputan konsertnya yang berlangsung baru-baru ini.

Berikut adalah status yang dikongsikan oleh Shila;

“By @shilaamzah_photography “First and foremost, we would like to thank all Media who came to Shila’s first ever concert last weekend. Special thanks to the Chinese media in Malaysia and China who did a full coverage of the concert. Hmm.. We wer wondering what happened to the Malay media. We are not one-sided party but looking at the coverage done by the Chinese media, it shows how much they adore and treasure Shila as a Malaysian artist though she is not a Chinese herself. Do Malay medias more interested in gossips than….. Covering the achievement of their own born artist? What say you people? #shilalas #loveliveinmalaysia” via @PhotoRepost_app”

Di sini Media Hiburan menegaskan TIDAK MENDAPAT SEBARANG JEMPUTAN daripada pihak Shila mahupun penganjur yang terlibat dalam konsert ini. Kami difahamkan, beberapa rakan media Bahasa Melayu lain juga mengalami nasib yang sama.

Shila mungkin terlupa selama ini pihak media berbahasa Melayu yang banyak menyokong dan membantu kerjayanya seawal dia menceburi bidang seni. Malah, sebelum ini juga beberapa kali diberi peluang menjadi penghias muka depan Media Hiburan.

Mungkin apabila berada lama di China, Shila terlupa untuk membaca berita hiburan daripada media berbahasa Melayu sehingga menyangkakan kami hanya menghidangkan gosip kosong semata-mata.

p/s: Hidup ibarat roda…..

– Media Hiburan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");