Berita Hari Ini

Matematik, Bahasa Tamil 9 Oktober

Putrajaya: “Tarikh 9 Oktober dipilih selepas mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik termasuk percetakan dan pengedaran,” kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan tarikh itu untuk calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negara menduduki semula kertas ujian Matematik 015/1; 025/1 dan 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 selepas soalannya ketika peperiksaan 10 September lalu didapati turut bocor.

Ia kebocoran subjek ketiga dan keempat peperiksaan UPSR tahun ini kerana sebelum ini semua calon diarah menduduki semula peperiksaan Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2 serta kertas Sains pada 30 September selepas kebocoran lebih awal dikesan.

Dr Khair dalam sidang media semalam berkata, pihaknya memutuskan kertas ujian Matematik dan Bahasa Tamil yang diduduki calon UPSR pada 10 September lalu dibatalkan dan perlu diduduki semula.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan selain menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");