Jenayah

Mayat ditemui dalam parit

BANDARAYA MELAKA – Mayat seorang lelaki berusia 33 ditemui terbujur kaku tanpa kesan luka di badan di dalam parit, Jalan Ayer Leleh berhampiran Stadium Tun Fatimah.

Difahamkan, mangsa hanya berseluar pendek dan memakai kemeja-t ditemui kira-kira jam 4.30 petang oleh sekumpulan pelajar yang ketika itu berjalan kaki menuju ke stadium berkenaan untuk bermain hoki.

Menurut sumber polis, mangsa berasal dari Bukit Serindit dipercayai kurang siuman dan sering kali dilihat penduduk merayau-rayau di kawasan sekitar itu.

“Setakat ini, siasatan awal kita mendapati hanya terdapat kesan lebam di bahagian tangan tetapi tiada kecederaan luar yang dilihat.

“Dipercayai tiada berlaku jenayah dan kematian ini kurang daripada 24 jam,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Setakat ini, polis mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");