Perak Hari Ini

Potensi Kanak-Kanak Harus Digilap Dari Peringkat Awal

Bakat dan potensi kanak-kanak perlu digilap dari usia muda bagi membentuk generasi yang mampu memimpin negara pada masa akan datang.

Menurut Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, kanak-kanak perlu dididik supaya mereka menjadi insan yang berguna apabila mereka dewasa nanti.

“Potensi kanak-kanak perlucdigilap sejak dari kecil lagi dan dengan didikan yang betul, mereka mampu berupaya menjadi manusia yang menyumbang kepada kemajuan negara.

“Ini kerana setiap anak-anak kecil ini merupakan aset penting bagi negara dan tumpuan sepenuhnya harus diberikan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Peringkat Negeri Perak Tahun 2014 bagi mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

PERAK TODAY6

Beliau berkata, melalui program-program yang berbentuk kokurikulum yang dianjurkan oleh Tabika Kemas tersebut, bakat kanak-kanak mampu dicungkil dan dipupuk.

“Program hari ini merupakan satu platform terbaik bagi kanak-kanak ini menunjukkan kebolehan mereka selain memupuk minat dan kreativiti di peringkat awal.

“Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kanak-kanak malahan juga buat ibu bapa,” tambahnya.

Ujarnya, usaha guru-guru Tabika Kemas juga perlu dihargai kerana tugas yang digalas sebagai pendidik kepada kanak-kanak amat sukar untuk dilaksanakan berikutan faktor umur kanak-kanak yang masih muda.

“Kita jangan lupa peranan guru yang bertungkus-lumus untuk mendidik anak-anak kita kerana seperti yang kita tahu, mendidik kanak-kanak ini amatlah sukar kerana faktor usia muda dalam lingkungan empat hingga enam tahun.

“Tanpa mereka, anak kita tidak mampu dididik dengan baik dan bakat mereka mungkin tidak dapat dicungkil seperti sekarang,” tegasnya lagi.

Terdahulu, seramai 290 kanak-kanak dari Tabika Kemas seluruh negeri Perak mengambil bahagian dalam 16 acara yang dipertandingkan.

Acara yang berlangsung selama dua hari di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit itu menyaksikan perebutan kedudukan johan untuk Tabika Kemas dari zon di seluruh negeri Perak.

Johan bagi acara yang dipertandingkan akan mewakili Perak ke Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung pada November depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");