Sukan Hari Ini

Skuad futsal kembali bernyawa

SKUAD Futsal kebangsaan kembali bernyawa apabila mencatat kemenangan pertama menewaskan Brunei, 6-1 dalam kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asia (AFF 2014) Kumpulan A di Stadium Melawati, semalam, SUBKHI SUDARJI.

Turun dengan semangat membara mencapai kemenangan bagi menutup aib selepas tewas 1-6 kepada Indonesia semalam, rentak permainan skuad kebangsaan dilihat sedikit tersusun.

Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga babak akhir separuh masa pertama untuk mendahului lawan apabila gol sulung skuad kebangsaan muncul hasil jaringan Saiful Aula Ahmad minit 19 sebelum selang seminit kemudian Muhammad Fitri Muhamad Yatim menggandakan kelebihan untuk gol kedua.

Bersambung babak kedua, Malaysia tidak menunggu lama untuk mendahului lawan 3-0 apabila Saiful Nizam Mohd Ali mudah menolak masuk hantaran rakan sepasukan minit ke-21.

Selang sembilan minit kemudian, giliran Muhammad Fariq Mohammad meletakkan tuan rumah selesa hasil jaringan minit ke-30.

Gol sagu hati tuan rumah dijaringkan Mohammad Sharifuddin Marji pada minit ke-33 yang mudah menewaskan penjaga gol kedua Malaysia Syarizuwan Mansor.

Ketika perlawanan hampir tamat, Muhammad Fariq sekali lagi meledak gol kedua buat dirinya dan keenam buat pasukan.

Malaysia bakal menentang Australia Isnin ini sebelum melengkapkan jadual Kumpulan A bertemu Timor Lestle sehari kemudian.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");