Jenayah

17 warga asing kena cekup

TELUK INTAN – Gara-gara mahu melepaskan diri daripada ditahan polis, seorang tukang urut warga China sanggup bersembunyi dalam longkang sebelum dicekup dalam satu Ops Judi dan Maksiat di sekitar Teluk Intan, malam kelmarin.

Wanita itu sanggup bersembunyi dalam longkang dipenuhi air kotor dan sampah sarap sebelum berjaya dikesan anggota serbuan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, wanita itu ditahan bersama 16 warga asing, termasuk tiga rakyat tempatan di empat pusat refleksologi.

“Lapan wanita warga China, tiga Thailand dan dua Vietnam serta tiga lelaki tempatan yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan dan Akta Imigresen ditahan dalam operasi berkenaan.

“Kami juga menahan seorang lelaki yang juga majikan kerana melakukan kesalahan di bawah Sekyen 39 (b) Peraturan Imigresen,” katanya.

Menurutnya, serbuan itu hasil maklumat orang awam dan risikan polis.

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk tindakan lanjut sebelum ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily berkata, pihaknya turut menahan 18 orang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka di sebuah tapak pesta di sini, malam semalam.

“Kita turut menahan tujuh pelanggan di bawah Seksyen 4 (1) (c)Akta Rumah Judi Terbuka kerana disyaki bermain judi bola golek di tempat sama.

“Peralatan judi bola golek dan 5280 keping cip daripada pelanggan dan penganjur turut dirampas,” katanya.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");