Perak Hari Ini

25 Pengusaha Kilang Sertai Taklimat Kaedah Pirolisis

PERAK TODAY

Seramai 25 pengusaha tayar di negeri Perak menyertai taklimat berkaitan kaedah pirolisis yang boleh digantikan dengan produk baru yang dihasilkan oleh negara China.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Intergrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Mah Hang Soon, pengusaha perlu sedar akan bahayanya proses itu kepada kesihatan manusia.

“Mereka harus menyedari bahawa pirolisis boleh menyebabkan orang awam terdedah kepada sakit kronik antaranya kanser.

“Sehubungan dengan itu, kita telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkaitan langkah yang efektif untuk kita menyelesaikan masalah tersebut.

“Maka, adalah adil kalau kita menggunapakai kaedah terkini pirolisis di luar negara untuk diperkenalkan di negara ini,” katanya lagi.

Beliau juga menyatakan semakin ramai masyarakat yang tampil untuk memberi maklumat berkaitan kegiatan pirolisis yang dijalankan secara haram di negeri itu.

Sementara itu, Pengarah JAS Perak, Abdul Razak Abdul Manap berkata, pihaknya akan menggunakan akta yang telah ditetapkan untuk mengenakan tindakan terhadap pengusaha kilang yang masih menjalankan kaedah pirolisis.

“Mereka akan dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 yang telah berkuatkuasa pada 5 Jun yang lalu.

PERAK TODAY2

“Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pengusaha yang didapati bersalah boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000,” ujarnya.

Tambahnya, JAS mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi bagi memastikan kilang-kilang tersebut tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

“Pihak kami mempunyai SOP kami sendiri yang dipanggil ‘Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan.

“Kilang yang didapati tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan penguatkuasaan atau diberi arahan tetap, berdasarkan kepada kesalahan sama ada serius atau tidak.

“Tindakan undang-undang yang diambil adalah seperti kompaun, notis arahan, tindakan mahkamah dan perintah larangan,” katanya lagi.

Terdahulu, Mah berkata, kerajaan Perak akan terus memantau kegiatan pembakaran tayar atau juga dikenali sebagai pirolisis secara haram bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar dan ancaman kesihatan kepada orang ramai di kawasan yang terlibat.

Katanya, rekod JAS mendapati terdapat lebih 25 pengusaha menjalankan perindustrian tayar tanpa lesen yang sah di seluruh Perak.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");