Sukan Hari Ini

32,500 tiket ‘licin’ tiga jam setengah

Kuantan: Sebanyak 32,500 keping tiket perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang bertemu Kedah malam ini habis dijual dalam masa kira-kira tiga jam 30 minit di Stadium Darul Makmur, semalam.

Biarpun kaunter jualan dibuka dari jam 10 pagi, peminat skuad Tok Gajah sudah berada di perkarangan stadium seawal jam 7 pagi untuk menyaksikan pertemuan dramatik bagi mengesahkan pasukan yang layak ke final piala berprestij itu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) Fuzzeimi Ibrahim mengesahkan keseluruhan 32,500 keping tiket yang diperuntukkan untuk separuh akhir kedua itu habis pada 1.30 petang.

Katanya, ia turut membabitkan 5,000 keping tiket dijual di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

“Kami bersyukur tiada kekecohan besar berlaku sepanjang tempoh jualan dan berharap aksi esok (malam ini) memihak tuan rumah.

“Semuanya lancar dan pada masa sama kami harap tiada kekecohan sepanjang perlawanan,” katanya.

Sementara itu, penyokong setia Hamsani Jamaluddin, 35, dari Indera Mahkota berasa bertuah apabila mendapatkan tiket aksi separuh akhir itu.

Katanya, kehadirannya seawal jam 7 pagi tidak sia-sia kerana percaya Pahang mampu bangkit untuk membenam cabaran skuad Helang Merah.

“Saya meyakini kebolehan pemain Pahang untuk bangkit walaupun tewas aksi pertama,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");