Membawang Hari Ini

6 Teater Dipilih Ke Peringkat Akhir FTM 2014

PETALING JAYA: Sebanyak enam karya teater telah dipilih bertanding ke peringkat akhir Festival Teater Malaysia 2014 (FTM 2014) yang berlangsung bermula Sabtu (hari ini) di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Festival yang akan berlangsung sehingga 1 November 2014 itu merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Menurut Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, pemilihan tersebut berdasarkan pada peringkat penilaian yang telah diadakan pada Januari hingga Mei lalu di 14 buah negeri.

“Hasrat JKKN dalam usaha mengangkat bakat generasi baru dalam lakonan, pengarahan dan produksi dapat dilihat daripada kesungguhan kumpulan yang akan bertanding pada kali ini.

“Mereka bukan sahaja menunjukkan bakat dan kreativiti semasa pementasan, tetapi setiap aspek lakonan, pengarahan, pengurusan, pembikinan set, props, kostum dan tatarias dititikberatkan,” katanya.

Teater Penjuru Empat Karma

Teater yang dipilih itu adalah Alahai Menantu dari Selangor, Penjuru Empat Karma (Persatuan Penggerak Seni Budaya, Kuala Lumpur), Transit Warga Tanah (Kumpulan Teater Remaja Harapan, Kedah), Vito Il Mafioso (Universiti Malaysia Sabah), Penggali Intan (Persatuan Seni Persembahan Sifar, Sarawak) dan Iyakah Tok Janggut (Kumpulan Anak Seni Pendidikan Kelantan, Kelantan).

Penganjuran FTM telah pun bermula sejak tahun 1970-an yang dikenali sebagai Pesta Tarian dan Drama.

Bagaimanapun ia dijenamakan semula sebagai Pekan Teater pada awal 1990-an dengan format dan pendekatan baru yang hanya memfokuskan kepada genre teater sahaja.

Sejajar dengan peredaran masa dan perubahan citarasa khalayak teater moden, program berkenaan diubah lagi kepada Festival Teater Malaysia sejak tahun 2002 sehingga kini.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");