Jenayah

Adik tikam abang kerana bersorak

PENDANG – Asal nama Kampung Kubur Panjang bermula dari pertandingan sabung ayam antara dua beradik.

Keunikan nama Kampung Kubur Panjang yang terletak di Mukim Rambai di sini, masih menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai walaupun kewujudan penempatan terbabit bukanlah baharu.

Penduduk, Ahmad Hussin, 70, berkata, mengimbau sejarah nama kampung itu, Kubur Panjang yang berukuran 23 meter (m) diambil berdasarkan kisah orang tua sebelumnya berkaitan dengan janji yang tidak ditepati.

“Lebih 200 tahun lalu, setiap kali selepas musim menuai padi penduduk mengadakan pertandingan menyabung ayam dan tempat yang sesuai pada ketika itu di Kampung Mempelam Susu di daerah ini.

“Pada suatu hari, pertandingan menyambung ayam diadakan secara besar-besaran, seorang penduduk pada ketika itu berjaya menjadi juara selepas mengalahkan ayam sabung yang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, selepas kemenangan itu, terdapat dua beradik dicabar supaya bertanding dengan juara terbabit namun, dua beradik ini yang membawa ayam sabung enggan berlawan kerana tujuan asal hanya untuk menyaksikan pertandingan itu sahaja.

“Namun akhirnya mereka bersetuju untuk berlawan dan seorang daripada dua beradik itu berjaya mengalahkan pencabar berkenaan.

“Selepas kemenangan itu, orang ramai meminta dua beradik ini bersabung ayam sesama sendiri dan setelah didesak akhirnya mereka setuju dengan syarat yang menang dilarang menyorak yang kalah,” katanya.

Katanya, seorang daripada mereka kalah dalam perlawanan terbabit dan kerana bersorak, adiknya mencabut keris lalu menikam dada abangnya.

“Kemudian adiknya kesal dengan kejadian itu dan bertindak membunuh diri dengan menikam dirinya menggunakan keris yang sama. Ketika mengusung jenazah untuk dikebumikan, penduduk terkejut apabila kedua-dua jenazah itu menjadi semakin berat.

“Penduduk tidak mampu lagi mengusung jenazah adiknya lalu mengebumikannya di situ, manakala jenazah abangnya dibawa ke Kampung Budi untuk disemadikan,” katanya.

Menurutnya, keesokannya penduduk menziarahi kubur adiknya namun terkejut melihat batu nisan berubah kedudukan hingga menjadi kubur panjang.

“Sebab itulah kampung ini dinamakan Kubur Panjang kerana panjang dan saiz ukuran kubur terbabit juga ada kalanya berubah,” katanya.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");