Jenayah

Ah Long ubah taktik, edar kad

ALOR SETAR – Kegiatan ah long kini dikhuatiri mengubah taktik menggunakan kad nama berbanding poster pinjaman wang segera demi menarik perhatian pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusof Ismail berkata, kad nama syarikat diedarkan dalam peti surat penduduk dan premis perniagaan.

“Apabila, ah long pasang poster tawaran pinjaman pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menurunkan iklan tersebut.

“Namun, pengguna dengan mudah mendapat makluman berkaitan syarikat pinjaman ini melalui peti surat masing-masing melalui tawaran sebegini,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pihaknya menerima aduan berkaitan ah long antara empat hingga lima kes setiap bulan kerana tidak tahan menanggung bayaran bunga.

“Ada aduan, seorang guru sekolah dari Sungai Petani pinjam ah; long kerana anaknya memerlukan wang untuk bedahan penyakit buah pinggang,” katanya.

Katanya, dia terpaksa menanggung beban hutang mencecah antara RM40,000 dan RM50,000, sedangkan dirinya hanya membuat pinjaman sekitar belasan ribu sahaja.

Katanya, pengguna dinasihatkan tidak terpengaruh atau terjebak dengan ah long’ yang boleh mengundang padah.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");