Perak Hari Ini

Anwar Pandang Mudah Isu Umat Islam Sentuh Anjing

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap penganjuran acara ‘I Want To Touch A Dog’ yang dianjurkan Ahad lalu sebagai bukan satu perkara atau kesalahan yang serius.

“Ada penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanya saya seolah-olah nampak macam pegang anjing ini boleh.

“Soal boleh atau tidak itu lain tetapi yang penting adalah pendekatan kita.

“Sehingga keluar muka surat depan Utusan.. bagai besarnya kesalahan itu.

“Kalau pun ikut mazhab Shafie salah atau tidak digalakkan, ia tidak masuk dalam kategori hudud dan kategori hukum berat.

“Basuhlah… kalau budak muda pegang, suruh basuh…habis, selesai cerita,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam sebuah majlis bersama ahli parti di MH Hotel dekat Ipoh malam tadi.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjur program kontroversi menyentuh anjing Ahad lalu sebagai ada “ulat dalam kepala”.

Penganjuran program “I Want to Touch a Dog” di bandar Utama, Petaling Jaya Ahad lalu mencetuskan kontroversi hingga mendapat kritikan hebat daripada umat Islam.

Sebahagian golongan ulama dan mufti tampil menyatakan bantahan dan rasa tidak senang mereka terhadap perbuatan yang dianggap tabu dalam masyarakat Melayu itu.

Sementara itu, beliau juga mengulas mengenai tindakannya mencalonkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kenapa saya calonkan Wan Azizah? Bila saya buat keputusan itu, banyak yang marah dan saya tak ada masalah kerana saya sebagai ketua, saya tanggunglah.

“Ini adalah agenda untuk kita melaksanakan dan inilah pentingnya kita faham serta risiko yang kita ambil.

“Saya kenal dan saya tahu bahawa populariti itu akan jatuh sebab media gasak dengan mengatakan kita hendak rebut jawatan sahabat,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");