Membawang Hari Ini

ASPEK, KTR giat berlatih

BAHANG kehangatan Festival Teater Malaysia (FTM) 2014 yang akan berlangsung pada 26 Oktober hingga 1 November ini di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur semakin dirasai oleh semua peserta yang mengambil bahagian.

Festival berprestij ini dilaksanakan secara Dwi Tahunan oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) memberi ruang pertandingan teater di peringkat negeri bagi memilih kumpulan yang layak ke peringkat Kebangsaan.

Sebanyak 68 buah kumpulan teater yang telah bertanding dari seluruh negara dan hanya enam buah negeri sahaja yang layak mara. Jom ikuti perkembangan dua kumpulan yang bakal berentap minggu hadapan.

Angkat sejarah Tok Janggut

Mewakili Pantai Timur, Kumpulan Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) akan mementaskan teater ?Iyakah Tok Janggut? karya dan arahan Zack Zaideen.

Teater ini bakal mengangkat kisah perjuangan Tok Janggut yang sememangnya tidak asing lagi dalam sejarah negara. Perjuangan Tok Janggut bagaimanapun mencabar kewibawaan Inggeris sehingga beliau dihukum bunuh.

Pengarahnya, Zack, yang merupakan aktivis teater tersohor di Kelantan, berkata, dia mempertaruhkan naskhah ini dengan mengangkat kisah sebenar di sebalik pembunuhan tokoh pahlawan tersohor di kalangan rakyat negeri itu.

Menurut Zack, naskhah ini dijadikan sebagai ruang fikir kepada penonton untuk kembali merenung dengan mata hati tentang kebenaran di sebalik fakta yang telah di dendang oleh penjajah berhubung sejarah perjuangan Tok Janggut yang dituduh seorang penderhaka selama ini.

“Bukannya saya nak ubah sejarah, tapi hanya kaji sejarah dan melihat satu titik penjelasan yang paling dekat dengan masyarakat sekitar.

“Bagi mendapatkan maklumat tepat, saya bertemu keluarga dan waris terdekat arwah untuk menceritakan kisah sebenar yang berlaku,” katanya yang menampilkan 16 pelakon termasuk dari bangsa India.

Hidang kisah masyarakat

Sementara itu, Kelab Teater Rimba (KTR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mewakili negeri Selangor akan mempertaruhkan naskhah ?Alahai Menantu? karya Razali Taib dan arahan Nuex Rosli.

Alahai Menantu mengisahkan tentang kisah Pak Usop dan Mak Bibah yang menerima perkhabaran gembira tentang kepulangan anak mereka, Judin daripada London melalui surat. Namun begitu, perkhabaran gembira itu diselitkan juga dengan berita bahawa Judin akan
membawa pulang tunangnya dari London, seorang gadis berbangsa asing bernama Mary. Hal ini amat merunsingkan Mak Bibah yang sebenarnya telah lama memasang hajat untuk menjodohkan anaknya, Judin dengan Normah.

Pengarah, Muhd Khairul Anwar Rosli (Nuex Rosli), 28, berkata naskhah itu pernah dipentaskan di Festival Teater Selangor 2013 dan berjaya membawa pulan trofi Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

“Saya sukakan cerita realiti yang melibatkan masyarakat ramai. Dan itu antara sebab saya mengangkat karya ini ke peringkat lebih tinggi.

“Apa yang saya tonjolkan adalah bagaimana seseorang mahu membiasakan diri dengan budaya kampung dan masyarakat luar,” katanya.

Sambung Nuex, naskhah tersebut juga memberi cabaran besar baginya kerana proses menyiapkan skrip dari adaptasi cerpen yang sangat pendek.

“Kami juga bawa cabaran Selangor kerana sudah 12 tahun negeri ini tidak berjaya ke peringkat akhir FTM. Ianya satu tanggungjawab berat dan kami akan buat yang terbaik,? kata Nuex.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");