Jenayah

Beg Pakaian Disyaki Berisi Bahan Letupan Diletupkan UPB

Pegawai polis sedang memeriksa beg yang pada mulanya disyaki mengandungi bahan letupan di Jalan Medan Tuanku di sini Khamis malam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah mengesahkan tiada bahan letupan yang ditemui di dalam sebuah beg hitam tersebut yang sengaja ditinggalkan sejak pagi tadi di hadapan sebuah bank. Polis hanya menemui beberapa helai seluar jeans dan pakaian. – fotoBERNAMA:-

KUALA LUMPUR: Sebuah beg pakaian yang dipercayai mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di bawah jejantas di hadapan sebuah bank di Jalan Medan Tunku 1 di sini, diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB), sebentar tadi.
Bahan letupan itu diletupkan sebanyak dua kali iaitu kira-kira pukul 7.40 malam dan lima minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan bahan letupan itu diletakkan didalam sebuah bagasi berwarna kelabu.

Beg yang dimusnahkan UPB itu dipercayai ditinggalkan seorang individu kira-kira pukul 4 petang Khamis.

Difahamkan polis masih lagi mengawal ketat lokasi kejadian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");