Sukan Hari Ini

Bekas penjaga gol Barcelona, Valdes berlatih untuk Man Utd

LONDON: Bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes kini berlatih untuk Manchester United, demikian umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.

Pemain berusia 32 tahun itu meninggalkan Barcelona hujung musim lalu selepas menghabiskan hampir keseluruhan kerjaya bola sepaknya dengan kelab Catalan itu.

Dia pulih daripada kecederaan lutut sebelum dicadangkan berhijrah ke Monaco.

Valdes, yang sudah bermain 20 kali untuk Sepanyol mengalami masalah di lutut kanan dan menjalani pembedahan pada Mac sebelum memaksanya berehat sepanjang musim dan ketinggalan daripada beraksi pada Piala Dunia Brazil.

“Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menawarkan bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes peluang untuk menghabiskan sesi pemulihan daripada kecederaannya dan bermain untuk kelab ini nanti,” kata United dalam satu kenyataan.

“Pemulihan Valdes akan dipantau oleh pasukan perubatan United sebelum menjalani latihan dengan pasukan pertama kami dan bersaing apabila sudah pulih sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Van Gaal memberi peluang kepada Valdes dalam skuad Barcelona ketika dia berusia 20 tahun pada 2002, namun dia hanya bermain di bawah kendalian jurulatih Belanda itu untuk enam bulan saja sebelum Van Gaal meninggalkan Camp Nou.

Valdes menang enam kejuaraan La Liga dan tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah ketika bersama gergasi Catalan itu. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");