Jenayah

Beri salam masuk kampung orang’

Kampung Sungai Penchala dilihat amat dahagakan pembangunan, namun rata-rata penduduk berharap agar perbincangan bersama dijalankan terlebih dahulu sebelum sebarang projek dilaksanakan:-

PETALING JAYA – Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Kampung Sungai Penchala (PPKSP) menyokong dan tidak mempunyai sebarang halangan terhadap setiap pelaksanaan projek pembangunan yang dirancang di kawasan berkenaan demi kemajuan penduduk di kawasan tersebut.

Namun begitu, Pengerusi PPKSP, Shohaimy Saad memaklumkan, setiap pihak perlu menjalankan perbincangan bersama penduduk dan persatuan terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang projek pembangunan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas masyarakat setempat.

Menurutnya, saranan berkenaan dibuat berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Abdul Wahid Omar menerusi sebuah akhbar tempatan yang memaklumkan sebuah hospital swasta akan dibina di kawasan Kampung Sungai Penchala.

“Kita menyokong pembangunan yang akan dijalankan tapi penduduk dan pihak persatuan berharap agar setiap projek pembangunan haruslah melalui perbincangan bersama penduduk,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurut Shohaimy, langkah berkenaan adalah bagi mengelakkan projek dilaksanakan separuh jalan sehingga menyebabkan kegagalan.

“Pembinaan hospital dan beberapa projek lain amat memberi kesan positif, namun mereka haruslah berbincang dahulu dengan penduduk.

“Beri salam sebelum masuk kampung orang dan jangan berpendapat penduduk dan NGO tak perlu terlibat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");