Sukan Hari Ini

Chelsea Belasah Maribor 6-0, Hilang Loic Remy Kerana Kecederaan

KEJAYAAN Chelsea membenam NK Maribor 6-0 di Stamford Bridge dalam saingan Liga Juara-juara Eropah pastinya memberi kegembiraan kepada penyokongnya di seluruh dunia.

Namun, tidak bagi pengendali pasukan itu, Jose Mourinho yang kini berdepan krisis kecederaan penyerang.

Dalam perlawanan tersebut, Chelsea bermula garang dengan jaringan Loic Remy pada minit ke-13 sebelum penyerang Perancis itu dikeluarkan kerana kecederaan.

Bagimanapun pemain gantian Didier Drogba berjaya membuktikan bahawa dirinya yang digelar ‘kuda tua’ masih berbisa apabila menghasilkan gol menerusi penalti pada minit ke-23.

Berbekalkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, Chelsea terus mencipta gol ketiga menerusi John Terry sebelum pemain lawan Viler menjadikan kedudukan 4-0 (gol sendiri).

Bagi memastikan Mourinho tidak gusar dengan kemampuan skuadnya dalam menghasilkan gol, Eden Hazard muncul wira apabila menjaringkan gol kelima dan keenam pada minit ke-77 dan 90.

Bagaimanapun hasil daripada perlawanan itu, Chelsea kini telah kehilangan dua penyerang utamanya iaitu Remy dan Diego Costa sebelum berdepan Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");