Sukan Hari Ini

Chelsea hadapi krisis penyerang menjelang pertemuan MU

LONDON: Chelsea berhadapan situasi yang mana pemain veteran, Didier Drogba, adalah satu-satunya penyerang barisan utama yang cergas untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford Ahad ini.

Pasukan bimbingan Jose Mourinho itu pastinya akan beraksi tanpa penjaring utama yang sudah menjaringkan sembilan gol, Diego Costa yang mengalami kecederaan paha.

Pemain Perancis, Loic Remy juga mengalami kecederaan semasa menjaringkan gol pembukaan Chelsea ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris itu melakar rekod kemenangan 6-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Maribor semalam.

Drogba, 36, menggantikan Remy selepas 16 minit permainan dan menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pertamanya sejak kembali ke kelab berkenaan selepas dua tahun beraksi dengan pasukan lain.

Namun, Mourinho boleh memasukkan pemain berusia 17 tahun, Dominic Solanke dalam pasukan yang akan bertandang ke Old Trafford, selepas remaja itu membuat penampilan sulung sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Maribor.

“Saya tidak bertugas esok dan saya tidak mahu berbicara mengenai kecederaan, saya juga tidak mahu mendengarnya daripada doktor,” katanya.

Chelsea berharap melanjutkan aksi tanpa kalah sejak permulaan musim kepada 13 perlawanan dan tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua saingan apabila bertemu Manchester United yang kini di tangga keenam liga. – Reuters/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");