Sukan Hari Ini

Debaran JDT: Felda bawa kelebihan

BAIK Harimau Selatan mahu pun The Fighters, keduanya masih berpeluang beraksi di pentas akhir 1 November nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku tuan rumah pastinya mempunyai kelebihan tiga jaringan di tempat lawan dan hanya memerlukan kemenangan 1-0 namun mustahil aksi malam ini akan berakhir dengan kemenangan tipis.

Bagi Felda United mereka membuktikan kemampuan dimiliki walaupun beraksi dengan 10 pemain sepanjang 35 minit babak kedua apabila meledak dua gol.

SUDAH BIASA

Pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim terlebih dahulu memulakan perang psikologi apabila menyatakan pasukannya tidak menghadapi tekanan untuk aksi malam ini malah cukup bersedia melakar kejayaan.

“Tiada masalah beraksi di Larkin, kami memiliki barisan pemain berpengalaman yang sudah biasa bermain di hadapan ribuan penyokong.

“Edward Junior Wilson, Ndumba Makeche, Zah Rahan Krangar dan beberapa tonggak tempatan seperti Muhammad Shukor Adan, Shahrulnizam Mustapa, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Farizal Harun semuanya berpengalaman.

“Tiada yang mustahil dalam bola sepak dan kita buktikan pada aksi di Selayang tempoh hari.

“Saya percaya kemampuan pemain untuk mencipta kejutan, sekali gus menghampakan pasukan tuan rumah,” katanya.

JANJI UBAH

Lain pula nada dari Bojan Hodak yang kecewa dengan barisan pertahanannya kerana mudah melepaskan empat gol bagi memberikan kelebihan lawan.

Ujarnya, Felda beraksi dengan kekuatan penuh dan berjaya dapat dua gol walaupun beraksi 10 pemain, ia tidak seharusnya berlaku andai pemain JDT mampu menutup ruang dan mengekalkan kesilapan.

“Saya perlu melakukan perubahan segera untuk aksi malam ini kerana kami perlu menang untuk meneruskan kemaraan,” katanya.

Biarpun berbekal tiga gol di tempat lawan, jurulatih berpengalaman itu bagaimanapun tidak melihat ia satu kelebihan buat pasukannya kerana percaya pelawat tidak akan beraksi dengan corak bertahan.

PASTI MENARIK

Pastinya aksi malam ini dinantikan semua peminat bola sepak tempatan berdasarkan aksi menarik dipamerkan pada aksi 90 minit sebelum ini di Selayang.

Walaupun beraksi dengan keadaan basah, corak permainan kedua pasukan menarik dengan tujuh gol terhasil membuktikan ia perlawanan berprofil tinggi.

Bagi pemain beraksilah dengan sepenuh hati dan jiwa selain pamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");