Jenayah

Farmasi rugi dipecah masuk

BAGAN SERAI – Sebuah farmasi mengalami kerugian hampir RM15,000 berikutan premis itu dipecah masuk sekumpulan penjenayah di Pusat Bandar Bagan Serai, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi, sebuah peti besi yang menyimpan wang tunai dilarikan kumpulan terbabit yang memecah masuk premis itu melalui tingkap stor premis yang diumpil.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pada jam 8.25 pagi, pihaknya menerima laporan daripada seorang pekerja Majlis Daerah Kerian (MDK) yang menyedari premis itu dipecah masuk semasa dia sedang melakukan kerja pembersihan.

Menurutnya, pekerja MDK itu mendakwa melihat jeriji tingkap seperti diumpil selain keadaan dalam stor berselerak.

“Berikutan itu pihaknya segera ke lokasi kejadian untuk menyiasat.

“Hasil siasatan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stor terbabit berjaya merakam kelibat seorang remaja lelaki yang tidak memakai sebarang penutup muka memasuki premis terbabit sebelum bertindak menutup kamera CCTV yang berada di stor itu menggunakan plastik.

“Sejurus kamera CCTV ditutup, dua lagi rakan mereka yang dipercayai berada di luar terus masuk ke dalam premis berkenaan dan melarikan sebuah peti besi yang mengandungi wang tunai sejumlah RM5,644.

“Kelibat tiga suspek berkenaan turut berjaya dirakam CCTV lain yang dipasang di dalam premis berkenaan.” katanya.

Omar Bakhtiar berkata, pihaknya difahamkan pemilik premis mengalami kerugian RM 14,744 kerana bukan sahaja wang tunai, malah peti besi yang bernilai RM2,100 turut dilarikan penjenayah terbabit.

Menurutnya, selain itu pemilik premis terpaksa menanggung kos membaik pulih premis yang dianggarkan bernilai RM7,000 berdasarkan kerosakan dialami.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diharap dapat menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu kami menyelesaikan kes ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");