Jenayah

Gadis selfie dengan jenazah bapa dapat teguran

Gadis selfie dengan jenazah bapa dapat teguran:-

TINDAKAN seorang gadis yang sempat ‘berselfie’ disamping jenazah ayahnya, mengundang kritikan pengguna media sosial.

Tindakannya itu menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan pengguna laman sosial yang ‘terlihat’ gambar itu yang dimuatnaik di laman sosial Instagram.

Menurut seorang pengguna Abdul Hafiz, dia mengatakan bahawa gambar selfie itu kurang ‘enak’ dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan.

“Hmmm, janganlah bertindak sebegitu,” tulisnya.

Dalam masa yang sama si gadis ini turut menyiarkan gambar ibunya yang sedang bertafakur di tanah perkuburan dengan kapsyen gambar dia berjanji akan menjaga ibunya selepas kehilangan ayahnya itu.

“Mama you still have us. I Promise gonna take care of you…insya-ALLAH #nyawaku,” tulisnya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");