Sukan Hari Ini

Golf: Kaymer julang gelaran Grand Slam

SOUTHAMPTON (Bermuda): Penyandang juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Martin Kaymer dari Jerman menyempurnakan birdie pada lubang playoff pertamanya untuk menewaskan juara Masters, Bubba Watson sekali gus memenangi edisi ke-32 kejohanan PGA Grand Slam of Golf, awal pagi tadi.

Kaymer yang memenangi gelaran kedua major pada Jun lalu di Lapangan Pinehurst dan Watson, jaguh AS yang disarungkan jaket hijau keduanya pada April, menamatkan saingan 36 lubang membabitkan empat pemenang major itu dengan catatan sama enam bawah par 136 di Lapangan Port Royal itu, di sini.

Namun permainan ulangan pada lubang ke-18 itu menyaksikan Kaymer sekali lagi mencatat birdie pada jarak 10 kaki yang menyamai catatan dilakukannya beberapa minit sebelum itu ketika Watson gagal menyaingi.

“Saya terkejut dia melepaskannya,” kata Kaymer. “Kamu tidak mahu memenangi kejohanan dengan cara seperti itu. Sudah tentu saya akan mengambilnya namun kamu sebenarnya tidak mahu lelaki lain terlepas pukulan putt pendek seperti itu.”

Watson dalam pada itu menyalahkan keadaan berangin di Port Royal yang mengganggu pukulan putt terakhirnya.

“Saya fikir saya membuat pukulan putt yang baik. Memukulnya dengan baik,” kata Watson. “Saya meneka angin itu menolaknya. Tiada sebarang cara bola itu pergi ke laluan itu kecuali dengan paksaan angin.

“Ia hanya satu daripada beberapa perkara yang menghalang saya. Ia adalah masa Kaymer dan bukannya saya,” katanya.

Dalam pada itu, bintang Ireland, Rory McIlroy juara dua gelaran major di Terbuka British dan Kejuaraan PGA melakukan 75 pukulan untuk menamatkan saingan di kedudukan ketiga dengan 144, satu pukulan di depan Jim Furyk yang melakukan 73. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");