Isu Panas

‘Ini perbicaraan, bukan pesta’

Putrajaya: Tindakan penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil kesempatan berniaga sepanjang perbicaraan kes beliau berlangsung ternyata melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj).

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata perhimpunan yang diadakan adalah untuk memberi sokongan kepada Anwar, bukannya satu pesta sehingga perlu membuka gerai menjual makanan berdekatan Istana Kehakiman.

Katanya, negara ini mempunyai undang-undang dan gerai makanan serta minuman tidak sewenang-wenangnya boleh di buka tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Peniaga tidak sepatutnya membuka gerai dekat situ. Kalau nak tunjuk sokongan tunjuk saja la tak perlu sampai buka gerai untuk berniaga.

“Negara kita ada undang-undang, sama juga macam Putrajaya. Jadi, apa yang mereka lakukan sudah melanggari peraturan yang ditetapkan,”katanya ketika ditemui media selepas meninjau keadaan Surau Al-Iman Presint 9 di sini, yang terbakar awal pagi semalam.

Tengku Adnan berkata, beliau sudah mengarahkan pegawainya bertemu dengan peniaga berkenaan dan tindakan sewajarnya akan diambil kepada mereka yang membuka gerai di situ.

Beliau berkata, perbicaraan itu juga tidak sepatutnya dipolitikkan kerana kes itu membabitkan Anwar dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Ini masalah mereka berdua, kenapa nak babitkan kerajaan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");