Sukan Hari Ini

Isu doping: Jorgensen tak percaya

SETELAH isu doping membabitkan pemain badminton negara, ramai pihak yang tidak mempercayainya dan menganggap semua ini hanyalah khabar angin semata-mata.

Bukan sahaja peminat dan pemain badminton yang lain, malah ia turut mendapat reaksi daripada beberapa pemain utama dunia, antaranya pemain perseorangan ketiga dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark yang berharap laporan itu adalah tidak benar.

Menurut laporan agensi berita China, Xinhua, Jorgensen dipetik sebagai berkata, dia berharap laporan yang mengaitkan atlet terkemuka itu gagal dalam ujian doping sebagai berita palsu.

“Saya tidak dapat bayangkan seandainya laporan itu benar. Saya dapat menjangkakan implikasi yang akan berlaku,” katanya.

Jorgensen bagaimanapun tidak mahu mengeluarkan kenyataan lebih sebelum mendapat lebih maklumat mengenai laporan ini.

“Saya terkejut mendengar berita ini, oleh itu, saya memerlukan sumber yang tepat untuk mempercayainya. Tapi, saya betul-betul harap ini semua khabar angin dan berita palsu,” katanya.

Sejak laporan pemain badminton negara didakwa gagal ujian doping didedahkan pada Isnin lalu, belum ada kenyataan rasmi daripada Persatuan Badminton Dunia (BWF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pihak terbabit mengambil pendekatan berdiam diri tanpa memberikan sebarang maklumat dengan laporan ketika ini lebih berbentuk kepada spekulasi yang boleh membawa kesan yang lebih buruk.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");