Isu Panas

Jokowi jadi inspirasi Azmin

SABAK BERNAM – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengakui ingin menjadikan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebagai contoh dalam pentadbirannya kerana merasakan bahawa Jokowi adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan menjadi menteri besar baharu, beliau dan kepimpinan kerajaan negeri telah ‘menerjah’ empat daerah sehinggakan beliau digelar Jokowi Malaysia.

“Saya pernah mengunjungi beliau (Jokowi) tahun lepas ketika beliau menjadi gabenor di Jakarta. Saya tanya apakah kejayaan beliau sebagai gabenor?

“Beliau memberitahu saya, dia kata… Azmin, saya hanya 20 peratus di pejabat, manakala 80 peratus saya di lapangan. Saya dengar masalah rakyat, saya duduk bersama rakyat, saya duduk bersama nelayan, saya duduk bersama peneroka, baru saya boleh digelar pemimpin
yang berjiwa rakyat,” katanya pada Majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Daerah Sabak Bernam di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, di sini, semalam.

Mengambil contoh kewibawaan Jokowi itu, katanya, beliau akan sentiasa mendengar dan memahami permasalahan rakyat dan akan bertemu dengan mereka seperti pada kunjungannya di Sabak Bernam untuk bertemu petani dan peneroka.

“Jika kita dengar taklimat semuanya cantik belaka, tapi bila kita turun baru kita faham bahawa ada masalah dan tanggungjawab sebuah kerajaan negeri yang maju seperti Selangor supaya kekayaan negeri ini mesti dipulang semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan kesejahteraan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");