Berita Hari Ini

Kaji lesen sistem barter

Tawau: Kerajaan akan mengkaji semula lesen perdagangan tukar barang (sistem barter) yang masih digunakan di negeri ini untuk mengekang aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi ke luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kajian semula akan dilakukan selepas mengambil kira aktiviti berkenaan (tukar barang) sudah tidak relevan lagi memandangkan kebanyakan perniagaan menggunakan mata wang ketika urusan pembelian.

“Kerajaan akan mengkaji lesen ini sebab dahulu mereka (pedagang) membawa barang mereka dan mengambil barangan kita, tetapi kini mereka cuma bawa wang, tetapi ambil barang kita.

“Sistem barter sekarang bukan seperti dahulu dan sekiranya mahu diteruskan, ia perlu ditukar nama lain,” katanya yang ditemui selepas meninjau beberapa lokasi dikenal pasti berlaku aktiviti penyeludupan sekitar daerah ini, semalam.

Menurut Shahidan, kebanyakan pedagang mereka membeli barangan dan membawa pulang dengan berlindung di bawah nama sistem barter.

“Saya berpendapat sistem ini tidak sesuai lagi dan aktiviti jual beli barang berlaku di mana-mana termasuk di jeti, pantai atau di tepi laut,” katanya.

“Antara langkah jangka pendek termasuk penguatkuasaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan agensi penguat kuasa lain, manakala jangka panjang membabitkan peruntukkan besar diterima Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk pembelian aset bagi membanteras kegiatan penyeludupan,” katanya.

Shahidan turut meluangkan masa melawat Ketua Komponen Udara ESSCOM Senior Asisten Komisioner Abdul Manaf Othman yang dimasukkan ke Hospital Besar Tawau sejak enam hari lalu kerana masalah kesihatan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");