Isu Panas

Kami tinggal di Kepulauan Melayu sebelum kedatangan penjajah lagi

“Orang Melayu bukan pendatang…orang Melayu tinggal di sini sebagai satu Kepulauan Melayu. Wujudnya Malaysia, Indonesia, Filipina dan juga negara lain adalah disebabkan oleh penjajah yang datang yang membahagi-bahagikan negara ini.”

Itu penegasan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berkaitan kontroversi seorang perwakilan Gerakan yang mendakwa orang Melayu adalah pendatang.

Menurut Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan kenyataan Melayu pendatang itu adalah salah baik dari segi fakta sejarah, fakta geografi dan sebagainya.

Berikutan itu, UMNO Negeri Sembilan menyuarakan rasa kesal, tidak puas hati dan kecewa dengan sikap ahli Gerakan itu dan mahu parti tersebut mengambil tindakan sewajarnya terhadapnya.

Jelas Mohamad perkara itu terkandung dalam pernyataan yang diputuskan pada mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan UMNO Bahagian Rembau pada Selasa.

“Saya harap Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan partinya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius, bukan ditolak begitu sahaja dengan menyatakan ini suara perseorangan dan jangan minta maaf dengan cara yang sambil lewa,” katanya.

Ahad lepas, wakil Gerakan Johor Tan Lai Soon dalam ucapannya pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di Shah Alam, Selangor mengingatkan pemimpin Umno agar tidak menggunakan kenyataan pendatang kepada kaum lain dan turut mendakwa orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.

Tan mendakwa orang Melayu, Cina, India adalah pendatang, kecuali Orang Asli, Sabah dan Sarawak yang menjadi penduduk asal negara ini.

Berikutan itu beliau dikecam berbagai pihak dan digantung keahlian oleh Gerakan.-23/10/2014-agendadaily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");