Laporan Eksklusif

Kes Liwat II: Anwar Dan Saiful Ada ‘Hubungan’: Shafee

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pihak pendakwaan prosiding rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa berkata pemimpin itu mempunyai ‘hubungan’ dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana pemuda itu diberi elaun perjalanan serta memakai suit Brioni yang berjenama dan mewah.

Tambahnya, Saiful juga mengikuti Anwar ke Singapura dan Hong Kong walaupun ketika itu pemuda itu belum habis belajar di universiti.

Shafee mempersoalkan mengapa Anwar perlu mengekalkan hubungan yang sedemikian dengan Saiful Bukhari.

“Berdasarkan kepada keterangan Saiful Bukhari, beliau mendapat gaji pokok RM1,000 tetapi diberi US$1,000 sebagai elaun untuk perjalanan ke Singapura dan HK$1,000 dolar ketika dihantar ke sana,” kata Shafee lagi.

Pihak pendakwaan juga memaklumkan adalah lebih mudah untuk mendakwa dan membuktikan kesnya jika perbuatan itu dilakukan dengan kerelaan daripada bukan dengan kerelaan.

Katanya, saksi (Saiful) boleh dipercayai dan macam ada kebenarannya sambil menambah beliau bukan rakan subahat.

Terdahulu, dalam hujah awalnya, Shafee berkata Anwar memasukkan UMNO dan media arus perdana sebagai sebahagian daripada konspirasi tersebut serta menyerang hakim perbicaraan.

Shafee berkata, menurut Anwar, ia juga satu konspirasi peringkat tertinggi dari Perdana Menteri hingga ke pegawai penyiasat serta mengaitkannya dengan dengan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Anwar juga mendakwa Saiful Bukhari terlibat dalam konspirasi itu bersama-sama dengan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan,” katanya lagi.

Pada 24 April lalu, Anwar memfailkan petisyen rayuan yang memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.

Anwar, 67, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");