Laporan Eksklusif

Kes Liwat II: Sokongan Terhadap Anwar Semakin Berkurangan

Pelbagai aksi dan ragam penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dilihat di perkarangan Istana Kehakiman pada hari keempat prosiding rayuan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang itu.

Sehingga jam 9.30 pagi, jumlah penyokong Anwar dianggarkan sekitar 40 orang sahaja dan pasukan keselamatan pula kelihatan memantau situasi dari jauh sahaja.

Bagi tujuan keselamatan, besi penghadang diletakkan pada sebelah kiri dan kanan bangunan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Di satu sudut, kelihatan seorang penyokong Anwar terbaring keletihan di atas lantai berdekatan dengan sepanduk tertera ‘Rakyat Hakim Negara’, perhimpunan yang dianjurkan sebagai tanda sokongan terhadap prosiding rayuan kes liwat Anwar yang bermula sejak Selasa lalu.

Penyokong Anwar pastinya berasa lebih hampa apabila prosiding hari ini terpaksa ditangguhkan lagi dan disambung pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada pihak pendakwaan menyanggah hujah pihak pembelaan.

Tinjauan wakil Peraktoday.com.my juga mendapati laungan ‘Reformasi’ semakin kurang kedengaran dan penyokong juga dilihat mengambil pendirian tunggu dan lihat tentang apa yang berlaku pada sesi prosiding hari keempat.

Sementara itu, penyokong Mohd Saiful Bukhari tidak ketinggalan hadir bagi memberi sokongan kepada pihak pendakwaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Sambil membawa sepanduk Justice For Saiful dan PKR Jangan Ugut Mahkamah, penyokong berarak secara aman sebagai menyatakan bantahan dan pendirian mereka terhadap isu liwat membabitkan Anwar.

saiful

Kira-kira 30 peratus penghujahan dibentangkan oleh Shafee sehingga tengah hari Jumaat sebelum prosiding ditangguhkan.

Beliau memulakan penghujahan dengan membentangkan fakta kes secara menyeluruh kerana ia tidak dilakukan pihak pembelaan.

“Hari ini, saya mungkin sudah buat penghujahan antara 20 hingga 30 peratus.

“Saya ambil masa untuk bentangkan fakta-fakta sebelum saya masuk ke dalam isu dan undang-undang,” katanya.

Peguam yang mewakili Mohd Saiful Bukhari itu juga berkata, pembentangan fakta oleh pihak pendakwaan ‘bukan menyeluruh’ tetapi ia disifatkan sebagai penting dalam prosiding tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");