Laporan Eksklusif

Kes Liwat II: Suasana Lengang Di Luar Istana Kehakiman

Hari keempat prosiding rayuan terakhir kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 9 pagi tadi menyaksikan kehadiran penyokong pemimpin pembangkang itu terus berkurangan berbanding pada hari Selasa dan Rabu lalu.

Pagi ini, pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan menyangkal hujah yang dikemukakan pihak pembelaan.

IMG-20141031-WA0003IMG-20141031-WA0001

Hadir sama memasuki kamar prosiding ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang tiba jam 8.30 pagi.

Ketika ini, hujan turun di kawasan Istana Kehakiman dan suasana didapati lengang apabila hanya beberapa kumpulan penyokong hadir.

Situasi ini nyata berbeza dengan suasana pada hari pertama dan kedua prosiding di mana penyokong Anwar memenuhi perkarangan bangunan Mahkamah Persekutuan sejak awal pagi.

IMG-20141031-WA0004

Semalam, Muhammad Shafee yang memohon kepada ketua panel lima hakim, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria untuk berhujah pada Jumaat akan bermula dengan membentangkan fakta kes.

Pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan yang memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.

Anwar, 67, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");