Perak Hari Ini

Keselamatan Pengunjung Taman Rekreasi Perlu Diutamakan

Taman rekreasi dan taman permainan kanak-kanak sering menjadi tumpuan pengunjung terutamanya di hujung minggu.

Di Ipoh, Taman Rekreasi Dr Seenivasagam atau lebih dikenali dengan jolokan Taman DR sering menjadi pilihan wargakota untuk beriadah di masa lapang.

Sebuah tasik buatan, tapak semaian tumbuhan berpasu, Taman Jepun dan taman permainan kanak-kanak antara tarikan yang mendorong orang ramai mengunjungi taman tersebut.

Malangnya, ada kemudahan yang disediakan kepada pengunjung tidak diselia dengan baik.

Tinjauan Peraktoday.com.my di sekitar taman rekreasi itu mendapati, kawasan khas meletakkan motosikal yang disediakan agak jauh daripada pandangan ramai selain turut digenangi air apabila hujan.

Menurut seorang pengunjung yang ditemui, penunggang motosikal tiada pilihan lain kecuali meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang lebih selamat.

air

“Atas faktor keselamatan, pemilik motosikal perlu mencari lokasi lebih selamat untuk meletakkan kenderaan mereka dan bukannya di kawasan yang telah disediakan,” katanya lagi.

Selain itu, jenayah kecurian membabitkan penunggang motosikal juga pernah dilaporkan berlaku di kawasan tersebut, tegasnya.

“Jika masalah ini tidak ditangani segera, taman rekreasi ini pastinya akan menjadi sunyi sepi,” katanya.

Justeru itu, pihak berwajib katanya, boleh mengambil pendekatan proaktif dengan menyediakan pondok polis di kawasan berkenaan.

“Jangan tunggu sehingga ada yang menjadi mangsa baru hendak bertindak kerana keselamatan pengunjung perlu diutamakan,” tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");