Berita Hari Ini

Koleksi Setem Cerita Legenda Melayu Dilancar Isnin

KUALA LUMPUR: Koleksi setem yang menceritakan sejarah legenda masyarakat Melayu negara ini akan dilancarkan Pos Malaysia Berhad pada Isnin.

Koleksi yang dinamakan Cerita Legenda Melayu itu menampilkan enam tokoh iaitu Hang Tuah, Mahsuri, Tun Teja, Merong Mahawangsa, Tun Kudu dan Tun Fatimah.

Dicetak menggunakan kertas eksklusif tera air, setem itu boleh didapati dalam tiga reka bentuk pada harga 60 sen setiap satu.

“Kami harap imej pada setem ini serta cerita di sebaliknya akan menarik minat orang ramai untuk lebih mendalami unsur sejarah membabitkan tokoh terbabit,” kata Pos Malaysia dalam kenyataan pada Jumaat.

Naskhah hari pertama bersama setem akan dijual pada harga RM4.10, manakala folder (RM6) dan set lengkap bernilai RM46.10.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pos.com.my

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");