Perak Hari Ini

Lelaki India Maut Kereta Terjunam Masuk Gaung

Mayat seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia lima hari lalu ditemui dalam sebuah kereta yang terjatuh dalam gaung dianggarkan sedalam 20 kaki di Jalan Besar Tanah Mas, dekat Bidor petang semalam.

Sebaik menerima panggilan pada jam 4.50 petang, anggota bomba dan penyelamat dari BBP Bidor bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui kereta terbabit yang terjatuh dalam gaung.

Menurut sumber, mangsa lelaki India berusia 33 tahun ditemui telah meninggal dunia dalam kenderaan tersebut.

“Seorang lagi penumpang terselamat dalam kejadian itu tetapi masih tidak sedarkan diri sehingga hari ini,” katanya lagi.

IMG-20141023-WA0000

Anggota bomba menggunakan hydoric cutter dan stratcher untuk membawa mangsa keluar dari kawasan gaung tersebut.

Operasi menyelamat yang diketuai PBK II Nor Ahmad Shariff itu selesai pada jam 7.05 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");