Jenayah

Longlai kepala dalam baldi

Alor Setar: “Hati saya sebak melihat bayi yang lemah longlai seperti tidak bernyawa didukung ibunya sambil wanita itu berdiri di muka pintu menjerit meminta bantuan,” kata Che Sham Hussin, 53, dari Bukit Payung, Pokok Sena, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Muhammad Adam Razin Abd Razak yang berusia setahun tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh ke dalam baldi berisi air dalam bilik air rumahnya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika ibunya yang berusia 30-an, meninggalkannya bersama dua kakaknya berusia empat dan dua tahun di ruang tamu kerana mahu mengambil pakaian dalam kereta.

Tidak lama kemudian, wanita itu tergamam apabila mendapati anak bongsunya tidak sedarkan diri dengan kepala tersembam dalam baldi berisi air.

Panik dengan kejadian itu, dia mengangkat anaknya, namun badan mangsa sudah bertukar kebiru-biruan.

Menurut Che Sham, ketika kejadian dia berada di halaman rumahnya untuk mencari umpan memancing ikan apabila terdengar jeritan jirannya meminta tolong.

Katanya, dia yang terkejut dengan jeritan itu segera berlari ke arah rumah berkenaan dan melihat jirannya terbabit sedang mendukung anak bongsunya sambil meraung.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");