Berita Hari Ini

Lynas selesai langkah pengumpulan modal

MELBOURNE – Hanya satu pertiga daripada saham baharu yang ditawarkan oleh pelombong nadir bumi, Lynas Corporation Ltd dalam usaha mengumpul A$71 juta dilanggan oleh pemegang sahamnya.

Sebanyak 66.5 peratus daripada saham yang tidak dibeli oleh pemegang saham akan dilanggan oleh beberapa sub penaja jamin institusi bagi pengumpulan modal, menurut Lynas dalam kenyataan.

Syarikat itu mengalami kerugian A$366 juta pada 2013/14 dan baru-baru ini berunding semula bagi pinjaman US$255 juta untuk membolehkan pembayaran balik yang besar sehingga 2016.

Lynas melombong nadir bumi, yang digunakan dalam pelbagai produk teknologi tinggi, di barat Australia, dan memiliki sebuah kilang penapis dekat Kuantan, Pahang di Malaysia.

Syarikat itu menghadapi kejatuhan harga bagi produknya, dan berkata dana baharu akan membolehkannya melabur dalam bidang perniagaannya yang akan meningkatkan prestasinya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");